11 Mac 2011

Pesanan untuk anak derhaka...

Sekadar luahan hati.. walau catatan ini umpama menepuk air di dulang.. semoga menjadi peringatan untuk kita semua..

Wahai anak derhaka.. sungguh cetek akalmu
wahai anak derhaka sungguhku terkilan dengan sikapmu
hanya kerna seorg wanita kau sanggup ketepikan keluargamu
hanya kerna seorg wanita kau menidakkan kewujudanmu
sedih dan sadis sekali
kerna kami tak pernah membenci tidak juga memutuskan ukhuwah ini
hanya rasa marah dan sakit hati merajai kami..
tanpa periksa kau memerangi....Syabas pada perempuan itu kerana panahan bibirnya
kau mampu menjauhi dan mencaci kami

Ingatlah..kita lahir dari rahim yang sama..membesar bersama.. bermain bersama..
setiap hilai tawa kita rangkul bersama..apakah tiada memberi makna...cepat sungguh engkau lupa..
wahai anak derhaka.. ingatlah sejauh mana engkau berlari..sejauh mana kau sembunyi..
pohonlah keredhaan dari kedua ibu bapa..meratap dan sujud di kaki mereka
kerna engkau tetap terhutang nyawa..
di lahirkan, di besarkan, di didik hingga menjadi seperti sekarang walaupun engkau menidakkan
kewujudan kami.. jangan sesekali kau menidakkan kedua dua ibu bapamu
pohonlah kemaafan selagi masih berpeluang, selagi ada hayat mereka..
jangan kelak menyesal tiada guna

Wahai anak derhaka.. semoga waktu kebenaran akan singgah jua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan