14 Mac 2011

orang yang tidak boleh di tegur




1. Orang yang menagih dadah : tidak akan ada satu teguran pun yang mampu di dengari walupun dalam keadaan sedar.Tidak akan memikirkan perasaan orang lain dan mampu menjadi pembunuh apabila segala kemahuan dan keperluan khayalan tidak dapat di penuhi.


2. Orang yang bercinta: yang betul dan yang indah hanyalah bersama yg di cintai.Walaupun di sakiti dan di tipu mereka ini tetap akan mempertahankan pasangan.Sesiapa yang memberi teguran akan di musuhi.Mereka juga khayal dengan dunia ciptaan mereka sendiri tanpa menghiraukan pandangan dan perasaan org lain.Tetapi ada juga cinta yg tulus suci dan mengikut haluan yg benar.



3. Orang yang kaya: Mereka tetap berfikir setiap gerak laku dan pemikiran hanya mereka yang betul.Dengan menayangkan kemegahan kekayaan mereka mampu membeli kebenaran walaupun apa yg di lakukan itu salah.Lebih menjelekkan bila mereka ini hidup di kalangan pengampu yg mengiakan segala perbuatan...

Dengan ertikata lain.. golongan ini susah untuk mendengar pendapat dan nasihat orang lain.. perlu ada pelbagai inisiatif yang mampu mematahkan setiap ulasan dan alasan yg di ajukan pada golongan ini. Sama-sama kita fikirkan dan renungkan... 


___

Tiada ulasan:

Catat Ulasan