27 Mac 2011

Jangan hanya mengutuk.. bantulah mereka..


Menjadi lelaki sejati...

Saya amat tertarik dengan artikal surat khabar ini yang memaparkan, bagaimana pihak JAKIM, cuba membantu golongan ini (mak nyah) untuk kembali ke pangkal jalan.Satu usaha yang murni yang perlu di ambil perhatian.Tidaklah menjadi sesetengah pihak yang hanya tahu mencaci dan menghina, mengeluarkan kenyatan yg mendorong ke arah ke bencian terhadap golongan ini.Walaupun telah termaktub Ajaran Islam mengenai kedudukan golongan ini.. tapi  tiada pendekatan untuk membanteras gejala ini.Kita manusia.. janganlah hanya tahu mencebik, menhina dan mencaci golongan ini,semoga usaha murni pihak JAKIM akan membuka lembaran baru dalam hidup mereka kerana ALLAH maha pengampun dan penyayang..

KUALA LUMPUR: Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil masa lebih sebulan ketika turun padang di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, Klang dan Melaka bagi memujuk golongan mak nyah menyertai program pemulihan yang julung kali diadakan minggu lalu.
Penyelaras program, Shahrul Nizam Abu Bakar (gambar) berkata, dia dan beberapa rakan setugas terpaksa bersengkang mata saban malam untuk mendekati golongan terbabit yang sebahagian besarnya menjadi pelacur.
Bukan mudah mendekati mereka. Apabila kami memperkenalkan diri sebagai pegawai Jakim mereka pada awalnya beranggapan kami mahu mengadakan program `membasuh pemikiran mereka, menggondolkan kepala atau memaksa mereka menjadi lelaki sejati.
Dari berita harian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan