Isi rumahku

Tidaklah mahu menyelongkar rahsia hidup yang terpahat kemas dalam diri.Hanyalah bingkisan kasih yang ingin di kongsi bersama.Bukan menayangkan kononnya kitalah keluarga paling sempurna dan bahagia di alam ini walaupun itulah harapan di sudut hati yang paling dalam juga dalam setiap doaku pada Tuhan.


2011 Genap 12 tahun usia perkahwinan kita ASMAWI BIN JAAPAR @ Sangkaliau hangit.Adakala suram, ribut taufan, gempa bumi..alhamdulillah sijil nikah masih ada dan tak terusik..Kadangkala kesabaran menguji setiap perhubungan.Adakala sabar ku terlalu tinggi tapi ada masa surut bak air melimpah.Kesabaranmu cukup tinggi untuk mengukuhi hubungan ini.Setiap pasangan hidup sememangnya melalui ini, UJIAN YANG ADAKALA TAK TERJANGKAU DEK FIKIRAN.. Ku akui keegoanku selalu memcabar had kesabaran(dlm proses mengawal).Hemmm.. entahlah.. Anak-anak....
Yang sulung..Amirul Haziq, no.2..Amira Farhana, yang ke tiga Amar Haikal.. yang kecil(wat masa skangla) Arissa Humaira.. cukup merusuh jiwa bila masing-masing menunjukkan kekreatifan dan lontaran suara memenuhi ruang udara rumah ini.Tapi bila soarang takde macam tak cukup korum plak.
      Hidupku sentiasa berlingkaran di samping mereka, inilah duniaku sejak mendirikan rumahtangga, selain dari keluargaku sendiri.Tak pernah menjauh dari mereka kecuali bila ada yang balik ke kampung mengikut saudara.Itupun tak boleh lama-lama maklumla dah biasa ada kat depan mata.Lagi satu nanti bapaknya yang terlebih bising anak2 nya takde.Bapaknya nampak jer brutal tapi bab anak-anak jangan wat main.Tak nampak sorang depan mata mula la panas punggung.Sibuk menelefon ke kampung tanya bila nak balik, padahal baru semalam kat sana.Hai..!! memang haru..
     Terfikir juga kadang2, asyik benda yang sama jer.. tarjangkau dek fikiran..pada usia menginjak 31 ni apakah pencapaian paling besar dalam hidup..Menung ku tak kala anak-anak tidur nyenyak.Ku pujuk hati, andai ini semua tidak berlaku dalam hidupku.. APAKAH AKAN PASTI KEBAHAGIAAN UNTUK KU.. ??kadangkala kita menjadi orang lupa untuk bersyukur dengan segala nikmat yang di limpahkan ..Alhamdulillah inilah jalan kebahagian yang di kurniakan Tuhan dan yang terbaik buatku.


p/s: tersyahdu sekejap bila menulis sambil melayan lagu herman tino.. mengapalah di kenang.. Biasala mama tak de dlm gambar..kena jadi photographerlaa pas nii...





Maulidur Rasul.. 15/02/11.. 

    Pandangan mata sukar di tafsirkan apakah yang terkandung dek fikiran... "mama malam tadi abang mimpi..dan terdiam seketika.." Ya Allah, betullah,"
 " apa dia.."aku. " nantilah abang cerita.. malasla"hubby.
" ni yang mama malas ni.. dah bukak citer pastu senyap,"aku...
"camni, mlm tadi abang mimpi.. ada org tua datang, dia ckap tahun ni keluarga kita semua satu..satu.."hubby
"satu..satu.. aper.."
"cuber mama kira...,"
"ala malasla.. jap g ambik calculator"
"campurkan tahun lahir abg.. ambik yang 2 akhir + umur skang...78 + 33 =111, mama 80+31=111, abg.long 00+11 =11, kakak 01+10=11, Amar 04+7=11, maira 10+1=11.. betul tak..."
aku yang duk kira pun dah tak senang duduk.. " naper bang,"
"orang tu cakap, tahun ni Insyaallah kita di beri rezeki yang murah sangat..,"
Alhamdulillah...
"tapi dia cakap lagi.. abg akan kehilangan salah seorang ahli keluarga..,"
"abg tak tahu siapa.. mama tak nampak lansung dalam mimpi abg..anak2 yang jelas cuma Amar yg lain samar jer..
abg tak bahagia.. abg kluarkan harta abg.. bg sedekah kat org tapi harta tak abis2.. abg rasa cam dah tak tau nak wat per.. rasa kosong sangat..kita susah sama2 tapi masa senang tak dapat sama,"
aku yang dari tadi diam " Entahla bang.. mimpi ni kita tak bleh percaya sangat," sayup jer rasa..
" Kalau di beri rezeki murah ya.. Alhamdulillah... yang boleh  mengubah takdirkan doa, doa jerla," walaupun dalam hati seribu macam rasa..
Taknak percaya.. hati dah cuba lupa.. tapi masih tergiang-giang di telinga...
Ya ALLAH... apakah ini cuma mainan tidur....
Walaupun skang ni hidup nak di kira okla.. nak kata susah tak susah.. nak kata senang takla senang sangat.. sederhana .. orang jalan, kita bleh jalan, orang makan ..kita boleh makan, orang bleh enjoy, kita enjoy gak.. cuma blum dapat beli umah sendiri lagi.. dalam keadaan ekonomi yang terumbang ambing ni.. nak seattle hutang bank dulu.. duit JPA.. biasiswa masa blajar kat uitm dulu .. sikit-sikit ..Insyallah.. boleh..

Andai takdir kita masih ada Alhamdulillah... andai mimpi itu benar belaka...

Yang pasti ALLAH maha mengetahui segala.. segala yang tercatat adalah benar dari mimpi seorang suami.. kalaula mama yang diambil... mama akan mula memikirkan apakah wasiat yang akan di beri pada abang dan anak2..  Kerna yang pasti kita tetap akan menyambut panggilan Illahi.. cuma cepat atau lambat jer....

Assalam.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan