28 Mac 2011

Hantu melayu cakap NO!!!

Tengah menunggu anak2 bersiap ke sekolah sambil menonton ASTROria ... terkeluarla slot iklan tuk Drama "Alam mistik" tayangan malam ni.28 mac...Kekadang aku layan gak tengok Alam mistik ni.. ada yang ok.. ada yang mengarut gak.. entah aper-aperla...

Tapi masa iklan tadi terperasan la.. bila " pulangkan pemuda itu..." and she said.. "NO!!!" UMANG Aiii... agak-agak eh dio nie antu yang poie sekolah kot... tu yg bebudak kono histeria manjang .. kono kacau.. agak2 ehh kojo dio la tuuuu.. hehhh...

Natasha hudson nila pelakonnya...
Tengok jangan tak tengok....
Bukan apo.. kengkadang benda yg ciput tu la yg di ingat kek orang... main bantai yo buek skripp... ko terbabas... Aper2 pun kalau nak buek drama, pastikanla tak di golak dek orang... cito antu dan jadi cam cito popcorn.. haaaaa...

Aku di madukan dengan......


inillah madu ku...
Bila lelaki lebih sayangkan kereta... sure isteri atau kekasih makan hati.. kerana kereta ibarat mahkota lelaki yang perlu di hias.. di cuci.. di rias utk kelihatan lebih hebat dan bergaya..KALAU dah sayang kereta segalanya kereta.. dah lama juga aku bermadu dengan kereta nie.(Honda Eg9).

Kereta idaman laki aku yg di beli pada thun 2003.. heh memang aku makan hati.. upgrade enjin..tukar cat kereta ( ferrari red) kira-kira tolak, campur ,bahagi kat puluhan ribu jugakla hbis tuk kereta tu..Bila anak dah upgrade 3.. aku suruh laki aku tukar kereta.. ingatkan nakla trade in..sanggup bertekak2 nagan aku pasal kereta.. sayang sangat ngan kereta tu..  at last laki aku kata dia trade in kereta honda tu ngan perdana.. tapi tak lama lpas tu pecah tembelang bila kereta tu di simpan kat tempat abangnya.. sabar jela aku...
Bila kereta dah dua.. agak sangapla jugak nak jaga maintanance bulanan..kereta Honda tu di beri pada adiknya yg bongsu, sambung bayar.

Yang si adik pun sama jugak cam abangnya.. tukar lagi enjin.. upgrade lagi.Pas tu dia masuk sprint test kat Sabak Bernam dapat jugak no.2.Tak lama lepas tu dier pun dah tak larat nak sara kereta tu.. beralih balik ke tangan suamiku.. hai.. nasib la ... kalau dier blanjakan nilai duit untuk aku.. mesti aku dah jadi mami jarum.. berkilau-kilau... tapi sume di blanjakan tuk kereta TU... aLAhai LeLAki..

Nak tambah lagi ker.....klau nak kene tendangan padu maut.. cubala...

27 Mac 2011

GUrinDaM Si ISteRI

Wahai SuAMiku..pelukla daku Rayulah aku.. Rawatlah setiap kekosongan jiwaku.. Balut hatiku dengan ketenangan.. Curahkan diriku seribu kebahgiaan.. Rangkul tubuhku.. Pimpin tanganku.. Moga mendapat syurga idaman..

Jangan hanya mengutuk.. bantulah mereka..


Menjadi lelaki sejati...

Saya amat tertarik dengan artikal surat khabar ini yang memaparkan, bagaimana pihak JAKIM, cuba membantu golongan ini (mak nyah) untuk kembali ke pangkal jalan.Satu usaha yang murni yang perlu di ambil perhatian.Tidaklah menjadi sesetengah pihak yang hanya tahu mencaci dan menghina, mengeluarkan kenyatan yg mendorong ke arah ke bencian terhadap golongan ini.Walaupun telah termaktub Ajaran Islam mengenai kedudukan golongan ini.. tapi  tiada pendekatan untuk membanteras gejala ini.Kita manusia.. janganlah hanya tahu mencebik, menhina dan mencaci golongan ini,semoga usaha murni pihak JAKIM akan membuka lembaran baru dalam hidup mereka kerana ALLAH maha pengampun dan penyayang..

KUALA LUMPUR: Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil masa lebih sebulan ketika turun padang di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, Klang dan Melaka bagi memujuk golongan mak nyah menyertai program pemulihan yang julung kali diadakan minggu lalu.
Penyelaras program, Shahrul Nizam Abu Bakar (gambar) berkata, dia dan beberapa rakan setugas terpaksa bersengkang mata saban malam untuk mendekati golongan terbabit yang sebahagian besarnya menjadi pelacur.
Bukan mudah mendekati mereka. Apabila kami memperkenalkan diri sebagai pegawai Jakim mereka pada awalnya beranggapan kami mahu mengadakan program `membasuh pemikiran mereka, menggondolkan kepala atau memaksa mereka menjadi lelaki sejati.
Dari berita harian Online

keronyok...keronyok.. ku buang.....: Garu-garu...Bila anakku kena chicken pox!!!

keronyok...keronyok.. ku buang.....: Garu-garu...Bila anakku kena chicken pox!!!: "Sian anak mama kene chicken pox... Cepatla sembuh..anak mama ni... Bila bangun pagi.. anakku dah tergaru sana sini.. apalagi ch..."

Garu-garu...Bila anakku kena chicken pox!!!



Sian anak mama kene chicken pox...

Cepatla sembuh..anak mama ni...
Bila bangun pagi.. anakku dah tergaru sana sini.. apalagi check kat badan..alamak..bintik2 merah dah timbul..Aduyai cam ner ni.. anakku yang lain blum dapat lagi.Si abang Lang ni no.3.Takde pengalaman nak jaga anak kena chicken pox.Apalagi lepas pg klinik, bawa anak2 gi umah mak..minta tolong makla jawab nya.Sebelum tu, laki ku dah pesan belikan kelapa muda, suruh minum biar semua bintik2 kuar bg cepat baik..Kat klinik tadi doktor bagi pesan:
  • Jangan bagi makan benda yang gatal2.
  • Banyakkan minum air.
  • Jangan dekatkan dgn kanak2 lain takut berlaku jangkitan.( mc 7 hari)
  • mandi tuk jaga kebersiahan dan kurangkan gatal2.
Aku pun tak duk diam terus searching internet nak cari info pasal chic'pox ni.Banyak juga info yang aku dapat cthnya:
  • Jangan kena air hujan, nanti bertambah teruk.
  • Jangan garu-garu nanti dapat parut.
  • Guna bedak sejuk..
  • buat ubat guna daun semambu.. lenyekkan campur ngan bedak sejuk pkai di badan @ buat kibas2 kat badan nak hilangkan rasa gatal @ pun buat air mandi(ramas2)
  • Jangan mkan benda berminyak.. kena mkan mkanan yang di rebus.
  • Shampoo mandian herba yang boleh mengurangkan rasa gatal2
  •  Cuci darah tablets tuk kuarkan virus.
Banyak info yg boleh di guna pakai .. tak rugi duk berjam2 mlayari internet ni.. ilmu tanpa batasan.kat sini juga aku bg info serba sedikit tentang penyakit ni yg aku dapat... selamat membaca...

Chicken Pox
Pengenalan
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox. 


Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).
Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.


Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.


Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.


Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema). 
Komplikasi akibat chicken pox: 
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri. 
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak 
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan
  1. Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
  1. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
Untuk lebih informasi.. klik link di bawah:

24 Mac 2011

Bersama mencari yang Halal...


Senarai barang yang mengandungi unsur Babi


Posted on the March 24th, 2009 under JenayahSosialTempatan by admin
BHO Blog – Harap pembaca tak terpesona sebab admin tak menukar Babi kepada Bxxx. Tiada apa masalah dengan binatang ini. Cuma sekadar haram dimakan oleh syariah.
Update: Senarai disyaki tidak benar. Sila rujuk
Tq
Ref post ini (kredit comment dari naia)
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf/0/19a78d105d1d060848256c540083aeb8?OpenDocument
1. JAKIM mengucapkan terima kasih kerana mengingatkan orang ramai khususnya pengguna Muslim tentang pemilihan barang makanan.
2. Isu yang dikemukakan oleh puan di atas adalah isu lama dan dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kerana apabila pihak JAKIM membuat siasatan nama mereka yang dikaitkan dalam Kajian di Pusat Pengajian Tinggi tidak wujud dan pihak universiti tidak pernah mengarahkan mana-mana pensyarah atau pelajar membuat kajian terhadap produk yang dimaksudkan.
3. Sebagai panduan puan, dinasihatkan supaya menggunakan produk yang ada tanda halal JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri dan sekiranya terdapat kemusykilan pada barangan yang ada tanda halal JAKIM diminta supaya mendapatkan nama produk dan pengeluar dengan jelas dan rujuklah kepada JAKIM atau lihat laman web JAKIM melalui internet.
4. Elakkan dari membeli barangan keluaran luar negara yang ada campuran daripada bahan yang bersumberkan haiwan.
———-
Babi SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’
> 6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady’s Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady’s Choice Jelly
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Confirm – Pringles Potato Chips – tidak HALAL !!
AMARAN OLEH KERAJAAN M’SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!
Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know…….. I have checked. It’s true that the chips contain Emulsifier.
Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.
p/s: sumber dari berita harian online.. fikir-fikirkanlah.... Banyak pendapat di beri atas info ini.. walau apapun rujuk pada pihak JAKIM untuk mengetahui kebenarannya...

kalau dulu usung tilam, kini......


Berus gigi, tuala, botol jadi bukti


ANWAR ditemani isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menerima hakikat nasib tidak menyebelahinya apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam memutuskan untuk menerima tiga barang kes sebagai bukti dalam perbicaraan kes liwat membabitkan dirinya.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menerima tiga barang tersebut iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol air mineral kosong jenama ‘Cactus’ selepas mendapati penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 adalah sah dan mengikut undang-undang.
Beliau membuat keputusan itu berdasarkan keterangan pegawai penyiasat Supritendan Jude Pereira yang menyokong keterangan Supritendan Ahmad Taufik Abdullah selaku pegawai yang menahan Anwar pada waktu itu.
Ahmad Taufik dalam keterangannya sebelum ini berkata, dia telah memberitahu Anwar alasan penangkapan itu adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan pihak polis telah memperoleh waran tangkap terhadap Ketua Pembangkang berkenaan ketika penahanan itu dibuat.
“Merujuk kepada keterangan pegawai penyiasat (Jude) dan pegawai yang membuat tangkapan (Ahmad Taufik), penahanan itu sah mengikut undang-undang.
“Oleh itu, penahanan tertuduh tidak lagi boleh dikatakan secara salah dan mahkamah benarkan tiga barang tersebut ditanda sebagai bukti,” kata Hakim Mohamad Zabidin dalam prosiding yang hanya berjalan selama 10 minit.
p/s: Biar segalanya telus dan adil.. tanpa perlu memperbodohkan sesiapa.. Semoga keadilan berpihak pada yang benar..Amin... berjuang selagi terdaya..

ambil result SPM....jumpa jodoh..

Result periksa dah kuar... mAc 1998(terkenang2) dlam hati rabakla aku.. kecut perutku..memulas nafasku..tercabut sistem penghadamanku.. seribu satu rasa yg ada.. di dalamla.. namun di wajah tetap control .. cover baik punya..

Pagi2 yg di nanti..bersiap2, naik bas dari Kajang menuju ke Sek.Za'ba..N9..hiii!! hatiku dup..dap.. macam nak tercabut jantung.. berapa  banyak doa dan jampi serapah ku hembus ke kiri dan kanan.. tp still dalam hati happy lagi sebab dapat jumpa kengkawan yg dah lama tak jumpa.. kira reunion pun ader gakla..

Sampai sekolah terus ke Dewan.. jumpa cikgu2 yang menanti anak2 murid nya... terus aku cari result aku... haaaaa... Alhamdulillah.. masa tu pakai Agregat lagi... aku dapat pangkat 1 agregat 17... okeyla tuuu...
yang best nya aku punya sejarah A2.. waaaa!!! thanks a lot Cikgu Latifah... kerana dia yg menanamkan minatku dlm subjek ini...yg lain BM-2, AGAMA -4,SAINS-4,yg tak bestnya subjek Eng. yg slalu aku skor dpt 6.. mmg tak study lansung sbab confident giler.. ambik kau!!! 

Lepas habis ambil result.. menyembang ngan kengkawan.. aku pun bertolak balik.. telefon ke rumah pun tak.. nak bg suprisela konon.. hiii... sampai jer kat persimpangan rumah.. ada plak orang tegur.. rupa-rupa nyer member lama.. dia ni memang dah lama kenal, sebab satu Taman.Dah lama tak jumpa borak jap.. bagi no phone pastu aku pun jalan balik.. Assalamualaikum... mak aku terus serbu.. "Dapek beghapo..??" mak den mmg peor nogori.. blum abih den menchungap b'jalan kaki tadi.. " ni haaa... okey tak mak.." malas nak ckap pasing jer slip tuuu...

Aku pun dpt tawaran uitm... apo laie..den poie yo laaaaa!!!! n budak lelaki yg den pasing no.phone tula jadi laki den skang niiiii.. dah beranak 4 dah....!!!.haaa... amacam....


p/s: tahniah juga wat adikku dpt 4A.. Okla tuuu....

22 Mac 2011

Carilah waktu mustajab utk berdoa...

Waktu yg mustajab utk berdoa :

  • Ketika hujan turun
  • Ketika hendak menunaikan solat dan sesudahnya
  • Ketika menghadapi barisan musuh dlm medan peperangan
  • Pada waktu tengah malam.
  • Di antara azan dan qamat
  • Ketika iktidal akhir solat.
  • Ketika sujud dlm solat.
  • Ketika khatam(tamat) membaca Al-Quran 30 juzuk.
  • Sepanjang hari jumaat.. krn mengharap bertemu dgn saat di perkenankan doa yg terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari hari jumaat.
  • Antara Zuhur dan Asar serta Antara Asar dan Maghrib.
Berdoalah.. kerana dengan doa kita mampu untuk menjalani kehidupan di bumi Allah ini.. doa mampu mengubah takdir andai itu di beri keizinan dari Allah.. Wallahualam...

20 Mac 2011

Seronok sangat..bercuti di Langkawi..



16 mac 2011.. mlm ni nak betolak ke Pulau Langkawi bercuti selama 3 hari di sana.. Hati terasa excited sangat almaklumla baru first time nak jejak kaki di sana.. gayat betul.. umur dah 30 baru dpt jejak Langkawi.. hiii!! husband dah 3 kali pergi sana..

Pagi di highway...
Akhirnya kul 2 pagi, kami bertolak ke perhentian Serdang, menunggu keluarga member yg bercuti sekali.. semuanya ada 5 keluarga, konvoi ramai2 seronok skit... spanjang perjalanan adala 3 kali berhenti.. isi minyak, rehat, buang air n sembahyang subuh kat Gurun.. kul 7.24 pg baru spai di georgetown..halfway to Langkawi..

Lebih kurang kul 10.30 spai kat jeti(Kedah) cdangnya nak naik feri dr jeti Perlis, dpt plak info Jeti sana sesak..Parking kat sekolah bhadapan dgn Jeti dgn bayaran Rm 10.00 24 jam.. okla tu.. Apalagi seret begla ke jeti..

Dengan hati yg berdebar naik gakla feri ... nak gi langkawi punya pasal.. bukan apa kat jepun baru kena Tsunami.. cuak jugakla..
Lebih kurang 1 jam lebih dlm feri sampaila ke Jeti Langkawi dgn keadaan yg serabainya.. almaklumla blum mandi pagi .. spai sana uruskan sewa keta, ingt nak check ni dulu.. tp masing2 dah lapar.. apalagi cari makanlaa..

Akhirnya kul 2.30 ptg chek in kat Holiday Villa... rehat dlm bilik..mandi ... Lepas asar jer terus ke pantai.. anak2 dari pada spai dah terjun ke kolam dulu.. pastu smbung plak mandi kat laut.. santak bebeno.. dah namanya pun cuti...

Aktiviti anak2 di pantai





Satu pengalaman baru mencuba payung terbang.. tah aper namanyer.. payung terbang di tarik ngan boat..haaa!! ha!! rugi klau tak cuba memang seronok sangat.. tengok view laut dr atas.. bayaran yg di kenakan Rm 100.. seorang...




Hari kedua.. nak pergi ke tasik dayang bunting.. sewa boat Rm 300.. pakejnya ke tasik dayang bunting, pantai beras  basah dan pergi tengok burung helang..



Anakku yg kecik ni memang penakut air..
tu yg dok melekat jer...
Sampai ke tasik dyng bunting.. kena daki tangga...



inila rupa pulau tsk dyg bunting...
Tgk burung helang.. pemandu bot akan melemparkan makanan berupa roti..dpt tgk brung helang mnyambar makanan...



Setelah hbis program di pantai.. salin pakaian tuk keluar mkan dan jlan2.. lokasi utama pergi ke cable car.. beli tiket.. kena tunjuk ic.. baru dpt separuh harga dr RM30.. kanak2 klau ada my kid.. dpt Rm 5..



 Sampai kat perhentian atas singgah dulu tengok pemandangan.. naik tadi mmg tinggi... tgk view dr atas gunung.. Subhanallah canttik sangat....





cable car.. tinggi.. gayat...
Habis je.. kat sini.. almaklumla org pompuan kat sblah bwh mmg bnyak kedai.. mcm2 ada.. pilih jer... tp kena pandai bandingkan harga....ada yg mahal n murah.. lain kedai lain harga.. tp still blh tawar menawar lg...

Lepas pusinng2.. kita org pun pergi la main go kart... pastu balik hotel.. siap2 utk mkan mlam di luar.. aktiviti mlam plak kareoke.Esok pg.. dah siap packing brang sebab hari ni nak check out awal sbab nak gi Pekan kuah dulu... biasala Shopping!!! kat sini mmg brg lagi murah dr tpt lain.. tp kena pandai cari sbb harga lain2.. yg pling byak aku borong coklat.. biasala dah namanya hantu coklat rabakla rm 200.. utk coklat jer... haaa!!! hbis jer shopping.. gi jeti n beli tiket.. dpt tiket kul 3.30 ptg..

Percutian kali ni mmg seronok sangat.. puas.. dan best.. best..best.. andai ada rezeki.. akan ku kembali bercuti di sini.. Insyaallah..

15 Mac 2011

nAK KAwin.. huuu...huuu

time bertunang...


Keluh kesah.. adikku Hanisah yg akan melansungkan perkahwinan pada 11.11.11... garu kepala.. buat segala budget ..kira-kira..kira-kira lagi... dan lagi.. aduyai.. heh...

Ingat senang nak kawin!!! terkeluar biji mata tengok segala pameran kawin.. cantik.. menarik.. tertarik ko memang dee'boom!!! bila tengok harga nak terkulai poket seluar... haaa!!Bila dah buat tempahan semua nak deposit dulu.. photographer jer dah dekat 3 ribu.. deposit nak Rm 900.. rabak dekat separuh gaji.. nak survive cam ner..

Selalu aku juga yg di ajak pergi survey barang kawin.Jenuh gak berjalan sebab apa yang di mahu tidak menepati kehendak hati.. segala yg di ingini mestilah menepati ciri-ciri.. cantik dan on budget.. klau lebih.. cantik  camner pun.. tengok jelaaa... Tak pe cari pelan-pelan, Insyaallah jumpa apa yg di cari.Jangan gelojoh n over budget.Memangla kahwin hanya sekali, jadi keluar duit lebih sikit takpe.. Jangan !! kehidupan selepas itu lebih penting.

Gasakla engkorang.. hehh!! nasib baik angah dah lepas...Nak bantu dari segi duit.. sponsor sikit2 tu .. bolehlaa.. yg lain bantu dari segi tenaga jelaa..

Memang susah nak kawinkan.. kalau tak mampu buat ala kadar je.. jangan berlebihan kang lepas kawin botakk kepala!! dan dengan segala kepayahan membina sebuah impian .. semoga kehidupan selepas rasmi menjadi laki bini lebih indah dan terpelihara.. sama2 memikul tanggungjawab dan bahagia hingga ke akhirnyaa... Amin... doa dr se orang kakak..

angah..atih.. alang










14 Mac 2011

orang yang tidak boleh di tegur




1. Orang yang menagih dadah : tidak akan ada satu teguran pun yang mampu di dengari walupun dalam keadaan sedar.Tidak akan memikirkan perasaan orang lain dan mampu menjadi pembunuh apabila segala kemahuan dan keperluan khayalan tidak dapat di penuhi.


2. Orang yang bercinta: yang betul dan yang indah hanyalah bersama yg di cintai.Walaupun di sakiti dan di tipu mereka ini tetap akan mempertahankan pasangan.Sesiapa yang memberi teguran akan di musuhi.Mereka juga khayal dengan dunia ciptaan mereka sendiri tanpa menghiraukan pandangan dan perasaan org lain.Tetapi ada juga cinta yg tulus suci dan mengikut haluan yg benar.



3. Orang yang kaya: Mereka tetap berfikir setiap gerak laku dan pemikiran hanya mereka yang betul.Dengan menayangkan kemegahan kekayaan mereka mampu membeli kebenaran walaupun apa yg di lakukan itu salah.Lebih menjelekkan bila mereka ini hidup di kalangan pengampu yg mengiakan segala perbuatan...

Dengan ertikata lain.. golongan ini susah untuk mendengar pendapat dan nasihat orang lain.. perlu ada pelbagai inisiatif yang mampu mematahkan setiap ulasan dan alasan yg di ajukan pada golongan ini. Sama-sama kita fikirkan dan renungkan... 


___

13 Mac 2011

ini memang serius......



Dengan kadar segera...

Saya ingin mencari pekerja dengan kadar segera...

Jawatan:
 Penyelia pekerja merangkap ofis boy..
boleh di kerah kesana sini...

Ciri-ciri :
Boleh bekerja dengan baik dan rajin
boleh menyimpan rahsia
ader transport tak kira motor atau keta
TAHAN MAKI (penting)
Ader sijil wayering lg bagus.. klau tak de pun takpe

Gaji :
RM 1500.00

Kepada sesiapa yg berminat sila PM saya di facebook
iecka zul.. atau call 019-3737075.En.Asmawi
ini bukan tipu2 ini betul-betul..






12 Mac 2011

Kenapa tsunami melanda..




Kenapa tsunami melanda..
Kerana dunia semakin tua..
kenapa tsunami melanda..
Kerana penenerokaan bemaharajalela..
Kenapa tsunami melanda..
Kerana kemaksiatan dan kemungkaran bermaharajalela
Kenapa tsunami melanda 
Kerana aku jua pendosa, aku tak sempurna
kenapa tsunami melanda
Kerana itulah petanda kita perlu berwaspada
kenapa...kenapa..kenapa
Hanya Allah yang Maha kuasa
Maha mengetahui segalanya..
Apakah terselit makna di sebalik bencana.. wallahualam...














11 Mac 2011

Pesanan untuk anak derhaka...

Sekadar luahan hati.. walau catatan ini umpama menepuk air di dulang.. semoga menjadi peringatan untuk kita semua..

Wahai anak derhaka.. sungguh cetek akalmu
wahai anak derhaka sungguhku terkilan dengan sikapmu
hanya kerna seorg wanita kau sanggup ketepikan keluargamu
hanya kerna seorg wanita kau menidakkan kewujudanmu
sedih dan sadis sekali
kerna kami tak pernah membenci tidak juga memutuskan ukhuwah ini
hanya rasa marah dan sakit hati merajai kami..
tanpa periksa kau memerangi....Syabas pada perempuan itu kerana panahan bibirnya
kau mampu menjauhi dan mencaci kami

Ingatlah..kita lahir dari rahim yang sama..membesar bersama.. bermain bersama..
setiap hilai tawa kita rangkul bersama..apakah tiada memberi makna...cepat sungguh engkau lupa..
wahai anak derhaka.. ingatlah sejauh mana engkau berlari..sejauh mana kau sembunyi..
pohonlah keredhaan dari kedua ibu bapa..meratap dan sujud di kaki mereka
kerna engkau tetap terhutang nyawa..
di lahirkan, di besarkan, di didik hingga menjadi seperti sekarang walaupun engkau menidakkan
kewujudan kami.. jangan sesekali kau menidakkan kedua dua ibu bapamu
pohonlah kemaafan selagi masih berpeluang, selagi ada hayat mereka..
jangan kelak menyesal tiada guna

Wahai anak derhaka.. semoga waktu kebenaran akan singgah jua...

10 Mac 2011

bila di ramas..ramas rambutku...


Hair spa and rebonding..RM250



Ingat nak update citer ni semlam.. tp biasala.. biler time babyfeed.. akupun terlolap sekali..petang selasa gi wat appointment kat micosalon Bangi(loreal).. tpt kul 3 ptg rawatan pun b'mula..

biler di keronyok..keronyok..di ramas..ramas di belai..belai setiap helaian rambut..syoknyer.. aku pun layan jer..hari ni nak wat hair spa n rebonding.. after birth dah lama tak menapak ke salon.. sibuk ngan si kecil n anak2 sampai tak sempat nak memanjakan diri.. bukan nak membazirkan duit..sesekali..it's good for release stress..



kakak salon tu ckap klau dah rebond tak leh ikat..takleh basah kpala dlm 2 days.. n yg penting jangan kene air hujan.. sbab bleh rosak rebonding.. oo yer kerr.. dengar jela wlupun dah tahu.. heh.. sajer melayan.. dier tgok mata aku dah mengantuk..sedar tak sedar dah hampir 4 jam kat sana.. nasib baik si kecil tak menangis bila di tinggalkan ngan adik yg sdang tunggu result SPM..

Tak salah untuk memanjakan diri.. mengikut kemampuan.. ia menjadi satu terapi yg baik setelah penat melunaskan tanggungjawab seharian..semoga tekanan dan bebanan mampu di atasi walau seketika... seronok biler melihat perubahan pd diri.. n I'luv when he says woooww!!!'HUBBY'


Mencari kesesuaian fesyen rambut
 dgn bentuk muka memang penting..


jahit beruang...

Sajer wat gempak...
"mama. tengah wat per tuu,"
"Jahit beruang'" mama
" ek eleh.. mama ni sajer jer," kakak

"ingat mama tipu ker..."
"itu bukan beruang.. itu teddy bear..!"
"Habis tu.. makna bear tu aper?"
"BERUANG.."
" ha tau pun..betulla mama tgh jahit beruang..'
"apala mama nii'"kakak..pastu dier pun kuar..
dah siap jahit...
Mama tak tipu...aper!!!
Tuan empunya beruang....hiii...hiii