24 Mei 2011

lama tak update... alasan..

Saja ku biar ia berlalu sepi.. hari ke hari..
melihat teman-teman rancak mengulit
blog.. satu persatu menjengah di papan pemuka..
aku.. tegar mencari alasan
atau risau serba kekurangan..
mencari identiti diri.. dan mencari rahsia hati..
cehhh.. segunung alasan tak satu pun tertebak di minda..
aku malas sebenarnya...haaa....haaaa!!
ada hasrat nak memperbaharui idea blog..
nak cari yg unik dan menarik..
pujuk hati sendiri,, tak pelaaaa.. biarla diorang buat
blogwalking... diorang buat blog nbak cari income
hehh .. aku... nanti aku follow dr blakang jer.. hiiii!!!

3 Mei 2011

Mandi buih... jangan buat kerja tak senonoh...

Seronoknya bila di belai.. di peluk cium
di raba-raba, apatah lagi menerima gosokan
lembut dari tangan mu..
aduh.. asyik.. dan mengasyikkan..



sungguh mengasyikkan.. ahh.. aku mau lagi..

Anak dan Layang-layang..

   1 mei.. cuti hari pekerja.. sesekali bercuti nie balik ke kampung menjenguk keluarga sebelah suami di parit Baru, Sabak Bernam.Anak2 bukan main seronok bila nak balik kampung, cuma kali ni geng2 tak dela.Kalau berkumpul jer diorang ni ngan sepupunya memang macam hal yang di buat.Biasala bebudak ni mmg tengah experimental..haa..haa..istilah baru.

   Apalagi pergi pantai ada pulak jualan layang-layang.Anak2ku ni memang tak pernah lagi main layang2 ni.Dia orang pun kecek kat bapaknya nak beli.Haa.. bermulala episod belajar main layang-layang.Punyala excited tak tunggu sampai petang pukul 4 jer dah bising.. bila nak main nie...

Bapaknya bawala main layang2 kat Ban pecah..

bestnya.. seronok sangat dah ni...
Bapak tengah pasang tali layang-layang

cepatla bapak, dah tak sabar nie..
Si kecik mama pun nak main jugak..
Bapak kira sampai 3.. lepas..ok!!!
okey.. layang-layang dah naik.. haa jaga sediri...
mama.. ambil gambar abg erk.. boleh masuk facebook..
Si abang lang.. sampai terduduk ..
Layang2ku terbang tinggi....
Ha... tinggi takkk!!!!

Lepas tu nak menurunkan layang2 semua merungut.. letihla ma nak menggulung...haaa...itula namanya main layang2.. seronok tak..!!!

Seronok.. tapi letihla maaa... tolong gulungkan ma...

hiiii!!!hiii!! kena juga tolong gulungkan...

1 Mei 2011

fast 5 ...rugi kalau tak tengok!!!!


Jumaat mlam sabtu 11.15 at mines.. hari nie dating ngan cik hubby nak tengok wayang.Dah lama sebenarnya tak dating just me n him.. selalunya di kelilingi anak2.Biasala keluarga dah besar.Hari ni baru dapat keluar bersama.. anak2 hantar kat rumah mak just 15 minit jer dari rumah aku.

Port tengok wayang biasala kat Mines.Jarang pergi tempat lain kecuali kalau tak dapat tiket jer.Pernah satu ketika nak tengok wayang spiderman 2 tak dapat tiket asyik full jer mana2 panggung..sanggup panjat Genting tengok wayang kat sana..haa!!! kerja gila..

Tapi wayang ni memang best bagi yang mahukan action movie, fighter scene n drifting memang kelaslaa..
Rugi KALAU TAK TENGOK.seronok n best.. layan...