30 November 2011

malam raya.. main bunga api

Malam raya punyer hal.. lpas jer abis kenduri kat surau n Takbir... apalagi kira upacara rasmila nie...


upload tangan ( tgh bkar mercun bola)
pelita malam raya
bunga api... heh.. hehh gempak takk..
pergi.. peeerrrggghhhh!! jgn ckaplaa..
cantik takkk...



itu laki aku...




mercun cina @ mercun papan...
bakar pak lang...( laki k.lang)



memang meriah mlm raya..
ni anak aku bg.Lang.. 
hehh.. memang tak sah.. kalau raya tak de bunga api.. pluss bila cik abang beli mercun... waaa.. kira lengkapla raya.. heh!!!

Anak2 main bunga api jer.. bapak budak n mak budak jer main mercun...Awasi anak anda utk mengelakkan perkara yg tak di ingini...

29 November 2011

Nostalgia Syawal kali ini....2011

Lebaran kali ini...  sayup dan syahdu di akhir Ramadhan bilamana emak tidak dpt bersama2 kami melakukan persiapan kali ini.. hanya mampu memandang kami bersinsing lengan.Emak bagaikan tidak mengerti apa-apa dan tak mampu berkata-kata kerana serangan strok yg menganggu ingatan dan melumpuhkan sebelah kanan badan emak.
Selalunya emaklah yg paling sibuk menguruskan segala persiapan dan hidangan untuk pagi Raya dan di bantu oleh kami.Tapi malangnya tidak kedengaran lagi suara halilintar emak yg bagaikan menjengah langit , mengarahkan kami buat itu dan ini .....Rindunya ngan ton suara tu...
Rendang tahun ni air tangan dariku.. cheewahh..
Di pagi Syawal yg mulia.. kami lihat deraian airmata  emak mengalir... dengan suara riuh rendah anak2 dan cucu bersiap memakai baju raya, hidangan lemang dan rendang..emak seakan tahu Hari ini hari Raya.. mungkin jauh di sudut hati emak sedih dan terkilan kerana terlepas untuk menyiapkan hidangan raya buat anak2nya .. emak terlepas suasana kelam kabut melakukan persiapan raya..walau tak mampu meluahkan..Apalagi kami yg melihat keadaan mak seperti tu mulalah air mata ni melompat terjun bagaikan hujan...




Tangisan emak di pagi syawal...
glamor motor buruk tu...

Ampunkan salah dan silap kami...
Seawal pagi.. bersiap untuk bersembahyang Raya...
Senyum .. !! tunjuk gigi..


28 November 2011

Membisu.. tapi bersuara.. diam tanpa bicara..

Semakin hari ku lupakan hasrat untuk menulis, kekangan masa menarik rasa hati yg meluahkan segala yg terbuku di hati.. seawal Ramadhan lalu segalanya berubah.Tak mampu mengawal rasa hati .. adakalanya umpama pelayaran mimpi.. Emak masih sebegitu, masih berusaha melawan penyakit strok yg melumpuhkan separuh bahagian badan.

Adakala tak mampu menatap matanya..
Seorang guru yang garang dengan suara menjengah langit..
kini tak mampu menguruskan diri sendiri..
tatkala dulu suaranya mengegar rumah
kini tak menyebut patah perkataan yg betul
Dia lupa segalanya.. serangan darah tinggi menjejaskan saraf bahagian otak
Aku..
Hanya mampu berdoa..
Bersama adik2 kami hanya mampu berpegang kata2
para doktor yang merawat...
Segala perawatan yng ada kami cuba, hanya untuk mengembalikan
Komander rumah seperti dulu...emak..
Ya Allah.. bantu kami untuk hadapi segalanya
Kuatkan hatiku dan adik-adikku untuk terus dan telus merawat dan menjaga emak
sehingga kembali sihat seperti dulu..
mampukah aku..