10 Disember 2011

Tahun Baru 2012.. Dia dah sibuk searching for BB baru..

Belum pun masuk tahun baru.. dia dah searching for new phone.. from BB..
Tukar lagi.. dari curve.. tukar Bold.. pastu tukar torch.. pasni tukar ...
BlackBerry® Torch 9860

'Ma phone BB yg baru ni canggih ma...'
'Bentuk dia cantikla' n bla..bla..blaaaa...
ayat nak mengenala tuu...
Iakan jer laaa... duit awak yang cari..
Mama ni pun masih pkai BB curve 2 jer.. tak tukar-tukar..
Apakata mama join upacara penukaran tuuu...
Ayat tak bleh blaahhh..hiii!!

Relevankah.. Maharajalawak Mega.. semua Otai tuu...




Saban minggu.. aku mengadap tv ngan anak-anak untuk satu program yang satu ni.. Maharaja lawak mega.Kalau kena ngan lawak kitaorang gelaklah terbahak-bahak, klau tak kitaorang lopong jer dpn tv.. mulala jadi pengkritik tak berbayar.. anak2 pun sama jadi pengkritik.Kalau dah anak2 yang sekolah rendah tu pun boleh kata lawak itu best, lawak dia ni tak best, apalagi orang dewasa cam aku ni.. Bukanla tak der yang favourite, tapi klau yang kiter suka pun dah tak 'pebereeet' haruslaaa tersingkir jawabnya..
Berbaloi ker ngan hadiah lumayan yg di berikan Astro pada mereka ini.Kalaula di bariskan ngan Maharaja lawak musim pertama.. diorang ni terkincit2 mengejar undian kot..adakah maharajalawak masih relevan.. or just make it d'otai lawak nampak bodoh atas pentas... compare ngan maharaja lawak.. I CHOOSE MAHARAJA LAWAK N RAJA LAWAK... sometimes amatur can be better than senior.. ker diorng ni terlalu busy spai tak buat homework n latihan.. sedeyyy.. pendapat ikhlas dr pembayar bil astro yg mlanggan pakej ini for maharajalawak..tak slahkan klau bersuara...peace yooooo!!!!-

30 November 2011

malam raya.. main bunga api

Malam raya punyer hal.. lpas jer abis kenduri kat surau n Takbir... apalagi kira upacara rasmila nie...


upload tangan ( tgh bkar mercun bola)
pelita malam raya
bunga api... heh.. hehh gempak takk..
pergi.. peeerrrggghhhh!! jgn ckaplaa..
cantik takkk...



itu laki aku...




mercun cina @ mercun papan...
bakar pak lang...( laki k.lang)



memang meriah mlm raya..
ni anak aku bg.Lang.. 
hehh.. memang tak sah.. kalau raya tak de bunga api.. pluss bila cik abang beli mercun... waaa.. kira lengkapla raya.. heh!!!

Anak2 main bunga api jer.. bapak budak n mak budak jer main mercun...Awasi anak anda utk mengelakkan perkara yg tak di ingini...

29 November 2011

Nostalgia Syawal kali ini....2011

Lebaran kali ini...  sayup dan syahdu di akhir Ramadhan bilamana emak tidak dpt bersama2 kami melakukan persiapan kali ini.. hanya mampu memandang kami bersinsing lengan.Emak bagaikan tidak mengerti apa-apa dan tak mampu berkata-kata kerana serangan strok yg menganggu ingatan dan melumpuhkan sebelah kanan badan emak.
Selalunya emaklah yg paling sibuk menguruskan segala persiapan dan hidangan untuk pagi Raya dan di bantu oleh kami.Tapi malangnya tidak kedengaran lagi suara halilintar emak yg bagaikan menjengah langit , mengarahkan kami buat itu dan ini .....Rindunya ngan ton suara tu...
Rendang tahun ni air tangan dariku.. cheewahh..
Di pagi Syawal yg mulia.. kami lihat deraian airmata  emak mengalir... dengan suara riuh rendah anak2 dan cucu bersiap memakai baju raya, hidangan lemang dan rendang..emak seakan tahu Hari ini hari Raya.. mungkin jauh di sudut hati emak sedih dan terkilan kerana terlepas untuk menyiapkan hidangan raya buat anak2nya .. emak terlepas suasana kelam kabut melakukan persiapan raya..walau tak mampu meluahkan..Apalagi kami yg melihat keadaan mak seperti tu mulalah air mata ni melompat terjun bagaikan hujan...




Tangisan emak di pagi syawal...
glamor motor buruk tu...

Ampunkan salah dan silap kami...
Seawal pagi.. bersiap untuk bersembahyang Raya...
Senyum .. !! tunjuk gigi..


28 November 2011

Membisu.. tapi bersuara.. diam tanpa bicara..

Semakin hari ku lupakan hasrat untuk menulis, kekangan masa menarik rasa hati yg meluahkan segala yg terbuku di hati.. seawal Ramadhan lalu segalanya berubah.Tak mampu mengawal rasa hati .. adakalanya umpama pelayaran mimpi.. Emak masih sebegitu, masih berusaha melawan penyakit strok yg melumpuhkan separuh bahagian badan.

Adakala tak mampu menatap matanya..
Seorang guru yang garang dengan suara menjengah langit..
kini tak mampu menguruskan diri sendiri..
tatkala dulu suaranya mengegar rumah
kini tak menyebut patah perkataan yg betul
Dia lupa segalanya.. serangan darah tinggi menjejaskan saraf bahagian otak
Aku..
Hanya mampu berdoa..
Bersama adik2 kami hanya mampu berpegang kata2
para doktor yang merawat...
Segala perawatan yng ada kami cuba, hanya untuk mengembalikan
Komander rumah seperti dulu...emak..
Ya Allah.. bantu kami untuk hadapi segalanya
Kuatkan hatiku dan adik-adikku untuk terus dan telus merawat dan menjaga emak
sehingga kembali sihat seperti dulu..
mampukah aku..

7 Ogos 2011

Serangan awal strok.. Emak.. tabahlah..


Khamis, 4 Ramadhan emak di masukkan ke wad, Bila doktor mengesahkan mak kena serangan awal srok.Semalam mak masih ceria,terdengar gelak tawa dan masih mampu untuk menguruskan diri sendiri.Tanpa di jangka awal pagi sewaktu ayah  dan adik ingin menghantar menjalani terapi.. mak tak mampu untuk bergerak turun dari katil.

Adik(Atih) menyiapkan emak untuk di bawa ke Hospital Putrajaya.Sesampai di sana emak di tahan dan di masukkan ke wad.Darah mak naik tinggi.Bukan pertama kali ke Hospital.. walaupun darah emak tinggi tapi doktor masih membenarkan mak balik dan mengatakan tiada apa-apa.Sekiranya emak terlebih dahulu di berikan rawatan di Hospital tentu perkara ini boleh di elakkan.. Alasan pihak Hospital darah mak dah turun  dan kena ambil ubat sahaja.Heran aku sebetulnya kalau darah tinggi secepatnya mak akan di tahan wad.Tapi mereka menyuruh kami balik seperti yang berlaku  bila kami mengunjungi Hospital Serdang untuk rawatan pada minggu sebelumnya.

Munkin dah takdir mak berlakunya perkara ini... Tuhan menguji keluarga kami sewaktu awal Ramadhan ini,, dan hanya mampu berpuasa selama 2hari sahaja.Ya Allah...

Emak tidak lagi mengenali anak2nya.. Ingatan emak terbatas.. ada yang terlupa dan susah bagi dia untuk mengingati dan menyebut nama kami semua.. Mak .. kenapa JADI MACAM NI..

Kini kami dan adik2 berusaha untuk sama-sama menjaga mak.. kami mahu mak melihat kami semua sentiasa ada di sisi..

Adik- adikku.. dimasa inilah kita harus sama-sama berdoa, bersatu dan saling berusaha membantu mak kembali sembuh.Harapannya moga di bulan berkat ini.. doa kami akan di makabulkan Allah...

Bantu kami Ya Allah...











21 Jun 2011

Cuti sekolah .. Trip to Bandung


   Ini memang rombongan Cik Kiah.. suka2 jenjalan pergi Bandung.Adik aku yang buat Trip ni.Yang pergi cuma aku dan anak2 n adik2.. sumenya kira 8 orang.Mulanya rasa cam tak confident jugak..tapi sebabkan adik dah pernah pergi ke sana tahun lepas ikut rombongan sekolah...kira tawakal jugakla.Buat survey kat internet.Cari tempat menarik.. tapi kat sana memang tempat untuk shoppingla paling best.First .. Landing jer flight kat Jakarta.. sampai kul 11.30 mlm.Selesai urusan kat airport, Supir yg dah di tempah sedia menunggu.. terus ke Hotel.Yang best nya supir ni dari Bandung jadi dia pun tak berapa faham jalan kat Jakarta.Nak pergi Hotel jer ikut Jalan macam lorong tikusla.. kiri kanan ada rumah setinggan..rasa cuak jugaklaa.. tapi bila dah sampai tu lega.. tidur dlam beberapa jam.. terus bertolak nak ke Bandung...Pukul 7 disana dah macet (jamm), lepas tu kat highway jalan jamn mengalahkan KL.Dekat 2 jam lebih atas highway saja.Sebelum pergi ke Bandung.. dah plan nak pergi ke Safari n Puncak.

Koleksi Gambar..

semasa di LCCT.. Nak check in barang

sempat lagi bergambar.. bapak tinggal sorang2

sedihnya nak tinggalkan hubby sensorang..
tp semangat nak bersopping.. melebihi
segalanya...haaa!!!

sempat posing dlm flight..( abg Lang)

Si kecik ni.. dah puas merayap.. trus tido;;

slpas sarapan.. nak bertolak ke Bandung..



masing2 dah boring macet lama sangat.. bergmbarlaaa
apalagi..

Jakarta .. jam 7.30 pagi..








mak tih...