29 November 2011

Nostalgia Syawal kali ini....2011

Lebaran kali ini...  sayup dan syahdu di akhir Ramadhan bilamana emak tidak dpt bersama2 kami melakukan persiapan kali ini.. hanya mampu memandang kami bersinsing lengan.Emak bagaikan tidak mengerti apa-apa dan tak mampu berkata-kata kerana serangan strok yg menganggu ingatan dan melumpuhkan sebelah kanan badan emak.
Selalunya emaklah yg paling sibuk menguruskan segala persiapan dan hidangan untuk pagi Raya dan di bantu oleh kami.Tapi malangnya tidak kedengaran lagi suara halilintar emak yg bagaikan menjengah langit , mengarahkan kami buat itu dan ini .....Rindunya ngan ton suara tu...
Rendang tahun ni air tangan dariku.. cheewahh..
Di pagi Syawal yg mulia.. kami lihat deraian airmata  emak mengalir... dengan suara riuh rendah anak2 dan cucu bersiap memakai baju raya, hidangan lemang dan rendang..emak seakan tahu Hari ini hari Raya.. mungkin jauh di sudut hati emak sedih dan terkilan kerana terlepas untuk menyiapkan hidangan raya buat anak2nya .. emak terlepas suasana kelam kabut melakukan persiapan raya..walau tak mampu meluahkan..Apalagi kami yg melihat keadaan mak seperti tu mulalah air mata ni melompat terjun bagaikan hujan...




Tangisan emak di pagi syawal...
glamor motor buruk tu...

Ampunkan salah dan silap kami...
Seawal pagi.. bersiap untuk bersembahyang Raya...
Senyum .. !! tunjuk gigi..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan