28 Februari 2011

bila anak-anak tunjuk skill masing-masing

hari nie anak-anak suruh buat cup cakes tapi cawan kertas tak der.. tukarla resepi..buat kek pulak.. aku pun semak dalam almari n buku resepi.. aper barang2 yg still ader stocks.. dah penat searching n di pikirkan
..buat American cake choclate.. bagi resepi sekali.. senang jer...

American cake choclate

mentega -160 gm
gula- 320 gm
air -200 ml
Telur- 4 biji (gred a)
Serbuk American choclate @ serbuk koko - 130gm
Tepung naik sendiri -140 gm

cara-cara nak buat...
  • mula-mula serbuk koko @ american coklat tu bancuh ngan air 200ml.. pastu letak tepi dulu.
  • mentega ngan gula pukul sampai kembang..
  • masukkan serbuk yang dibancuh tadi.
  • setrusnnya masukkan telur ngan tpung naik sendiri secara berselang seli...
  • kacau sampai rata.. n masukkan dlm loyang pembakar yg telah di sapu marjerin...
  • bakar 45minit suhu 170djh celcius.
dah siap jer letak bhan2 kat atas meja.. msing2 dok kerumun.. sorang tolong ayak tepung.. pecah telur.. pastu tukang kacau pulak..

nie kira air tangan anak2la.. mama tolong bagi arahan n tolong sikit2 maner yang patut... dah siap masuk oven diorang duk ulangalik tengok kek jadi ke tidak... tak sabar-sabar nak tengok kek diorang....




kek baru siap masak.. msih panas lagi
masing2 dah tak menyempat dah..
tak sempat sejuk dah ku telangkupkan
kat dlm dulang.. bila masing2 dah tak sabar sgt..
       
         ma.. ambil gambar dulu. nanti boleh
      upload...
ambik gambar lagi.. ngan kek yang
siap hias topping ngan cooking
choclate n choc.rice
acara memotong kek oleh kakak n adik

adik tolong part makan2 jer

Dah merasa sorang sikit... komen sedapla maa.. tambah lagi sedap makan panas2. diorang siap nak bawak kek buat bekal gi sekolah esok.. nak bagitau kat member2la tu.. diorg buat kek....

p/s: seronok juga sesekali anak2 tunjuk skill..tapi nak kena pantau jugak... tengok muka diorang seronok sangat bila apa yang di masak menjadi... tak salah kalau bagi can sesekali menyepahkan dapur...

Tolong.. mama kemasssssss......





27 Februari 2011

Hikayat Merong Mahawangsa (Official Bahasa Malaysia Trailer)



Gempak.. giler... salah satu filem yg ku tunggu tahun nie.. hope tak menghampakan.. tengok the making jer woww!!! salah satu buah tangan anak Malaysia yang patut di banggakan...Mesti tengok!! kalau bukan kita tak tolong memartabatkan filem melayu.. siapa lagi...

sebenarnya pun.. aku ni peminat KRU masa diorang jadi rappers dulu... zaman sekolahla tuuuu... siap buat buku skrap lagi... haaaa! haaaa!

Jom kita Layannnnnn.....

senandung sayang....

sayang...
kasih tak pernah ku dua
cinta tak pernah di perkosa
andai jiwa di landa badai 
tetapkan teguh cinta ku gapai
sayang...
andai kasih jiwaku lara
suburi hati dengan cinta
andai ragu merontai rasa
jangan di panah kata berbisa
sayang... 
jangan di ragut bahagia kenangan
jangan di carik puisi berkajang
pandanglah wajah penyambung cinta
andai ingin kau langkahi jua
api yang membara 
tataplah wajah yang kau tinggalkan
tanyalah hati tanyalah jiwa
apakah harus mereka di lingkari duka 

26 Februari 2011

cocok bontot aku siap!!!!

sbenarnya dpt line citer nie dari BBM... jadi merebakla ia...kala dah terbaca di mana-mana..abaikan jer!!!

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah menumpukan perhatian.1 hari di kelas Agama, dia tido jer cam biasa

Ustazah pun tanya soalan " sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?" takde sape jawab.
Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit.Dia pun cocok buntut Aminah dengan jarum ,
 Aminah pun jerit "mak!!" Usatazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol

Aminah sambung tido balik.Ustazah tanya lagi soalan" sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit" Ya Allah!!" sekali lagi ustazah puji sebab bagi jawapan betol.

Aminah sambung tido balik, pastu ustazah pun tanya lagi soalan.Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tido?"Budak tu cocok lagi tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata

" ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi, siap ko!!" ustazah terus pengsan....

Aku memang penagih...

aku memang suker sangat dengan nescafe..bukan stakat suker jer tapi dah tahap jadi penagih tegar dah... aper jer jenama kopi terbaru semua aku sapu.. kononnyer nak test mana lagi best...

Ini minuman harian utk panas2 punya.. biasa untuk minum petang n sarapan pagi..
jenama selalu tukar2 jugak ikut selera..
bila dah jadi penagih kafein ni memang susah nak berhenti.. pendek kata hari-hari mau...
tapi biar jadi penagih kafein dari penagih rokok..

 

plastik sampah khas untuk tin minuman pun nescafe sbgai penyumbang terbesar... bila cik hubby suruh  bhenti minum nescafe sebab katanya tak elok untuk kesihatan.., aku gelak jer sebab dier gak tukang beli...hiiii!! skang nie dah macam2 jenama  ada di pasaran.. tinggal pilih jer mana yang berkenan..
Boss n nescafe latte.. kegemaran dan memang selalu di beli wat masa nie..
Makku pun selalu bising.. kafein tak elok.. nanti rosak buah pinggangla.. sakit kepala.. n bla..blaa.. tapikan biler ku hulur secawan kacip fatimah..okey jer layannnn...
heh... cubala klau berani... klau dah ketagih... beli belila selaluuuu...

23 Februari 2011

Pertama kali menulis...

Macam TAK percaya aku.. boleh boleh mengetuk  mesin taip alaf baru niee.. n start pulak buat blog.TAKLA terlintas nak popular pun  sajer-sajer ketap..ketip.. terpublishla blog aku sendiri.. bangga gak tu..

Nak kata terrer bab komputer ni takla.. ambik kursus komputer pun tak pernah.. agaknya berkat pegang benda ni start umur 16 thun dulu.. itupun nak buat surat rasmi tak pegi sekolah tak pun main game 'sollitare'pastu start umur 17 dah pandai chatting... hee..heee

Pastu lamer gak aku tinggalkan dunia chat ni.. bila dah start belajar di uitm.. pastu kawin pulak..terkejar2 antara 2 kehidupan wife n student.. akhirnya habis.. perjuanganku sbagai student.. setakat sekerat jalan jer.. tak mampu dah rasenyer.. sampai sem.6..aku tercabut.. klau ader rezeki nak sambung balik.. study!!!!!

Startla hidup as a housewife sepenuh masa.. tapi dah malas nak berebut2 ngan adik2 paakai komp... bagila can dia orang pulak... aku plak past tu guner tenet pkai handphone jer.. tak puasla skrin kecik sangat..

4/2... aku pun sambarla Acer satu... hiiii... hiiii.. nie yang duk gatal nak menekan ni...
buat member2 n geng blog.. terimala aku sebagai orang baru...
terima kasih daun keladi... kalau boleh tegur2 la lagi......

rahsia

Rahsia Surah Al-An'am
Bermaksud haiwan ternakan.10 wasiat yang terkandung oleh
ALLAH dan turut terkandung di dalam kitab Injil dan Taurat.

Usah sekutukan ALLAH dan membandingkan dengan apapun.

Menghormati IBU BAPA.

Jangan bunuh anak kerana bimbang duit tidak cukup.Setiap anak lahir dengan rezeki,
jadi ibu bapa tidak perlu risau memikirkan sama ada mampu menyaranya atau tak.

Jauhi perkara yang membawa ke arah dosa dan zina.

Jangan bunuh jiwa yang tidak berhak di bunuh.

JANGAN MENGAMBIL HAK ANAK YATIM ATAU MENGGUNAKANNYA.

Mesti adil mengendalikan kehidupan harian.Adil sebagai PENIAGA, PEKERJA,
SUAMI, ISTERI dan ANAK.

Jangan jadi saksi bohong, jika diminta menjadi 
saksi perlulah bersikap adil biarpun membabitkan ahli keluarga sendiri.

Pelihara janji dengan ALLAH seperti bersolat, berpuasa
dan mengeluarkan zakat.

Hidup ini haruslah berpandukan Al Quran dan Sunnah.



  • SIMPTOM STRES
  • Degup jantung bergerak lebih pantas daripada biasa
  • Tubuh cepat berpeluh walaupun di tempat yang dingin
  • Gagal mengawal kemarahan walaupun puncanya kecil.
  • Tidak berpuas hati dengan orang lain dan enggan di bawa berunding.
  • Sakit kepala dan pening secara kerap
  • Bunyi berdesing di dalam telinga
  • Terketar-ketar
  • Pedih ulu hati dan ketidakselesaan di dada
  • Cirit birit atau sembelit
  • Sakit belakang
  • Kulit menjadi kusam dan tidak bermaya
  • Imsomnia
  • Kebimbangan dan ketakutan
  • Kemurungan atau kurang ceria
  • Kecenderungan untuk menangis
  • Tidak mampu membuat keputusan

Sekadar Renungan.....

AMALAN MENUJU KE SYURGA

  • Menebarkan salam
  • Menjauhkan diri dari sifat adu domba dan dengki
  • Menjaga amanat
  • Malu
  • Adil dan tidak merampas hak orang lain
  • Menjaga dan memelihara kebersihan
  • bekerja keras
  • Tidak meminta-minta
  • Menepati janji dan sumpah
  • Memilih teman yang baik
  • Sentiasa merendah diri
  • Menutup aurat dan tidak berdandan secara berlebihan
  • Manfaatkan waktu
  • Berbakti kepada orang tua
  • Memelihara anak yatim
  • Mengharap keberkatan Allah
  • Bertaubat dan memohon keampunan Allah
  • Sabar
  • Melakukan semua suruhan Allah...



PERKARA YANG DI LARANG KETIKA SOLAT


  • Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri.
  • Berdiri di atas satu kaki.
  • Duduk di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan telapak tangan di lantai atau duduk di atas lutut dan jari kaki tegak berdiri tanpa kaki menyentuh lantai.
  • memasukkan kedua-dua tangan ke dalam baju ketika berdiri, rukuk dan sujud, keadaan ini menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka.
  • Mengangkat pakaian(sarung dan celana) ketika sujud sama ada dari arah depan atau belakang.Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika solat.Nabi Muhammad s.a.w bersabda,maksudnya: "aku diperintahkan bersujud di atas tujuh anggota badan dan tidak menyingkap pakaian atau rambut".
  • Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada.
  • Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan Takbiratul ihram serta antara rukuk dan bacaan surah.Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi Imam.Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk.Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihramnya sendiri dengan takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam.Ia perlu berdiam diri sejenak sebelum takbiratul ihram mengikut imam dan sebelum mengucapkan salam imam.
  • Solat dalam keadaan mahu membuang air kecil atau besar kerana ia boleh mengganggu khusyuk dalam solat.
  • Jangan bersolat ketika perut sangat lapar apatah lagi ketika itu makanan disediakan.Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya"apabila diserukan solat Isya sedang makan malam siap,dahulukan makan sebelum mengerjakan solat kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau hatinya mantap, tidak terpengaruh.
  • Beberapa ulama salaf berkata, empat perkara tidak patut dilakukan dalam solat iaitu berpaling, mengusap muka, mempermainkan batu kerikil(di tempat solat) dan solat di tempat lalu lintas.
  • Beberapa larangan solat yang lain ialah menyilangkan jari kedua-dua tangan, mempermainkan sendi jari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan bunyi, menutup wajah dengan kain dan memasukkan kedua-dua tangan di antara kedua-dua peha ketika rukuk.


P/S Banyak lagi nota yang boleh di kongsi bersama.. tapi inilah seadanya yang dapat di publishkan di sini......

17 Februari 2011

Tinta menulis tanpa arah...

Tinta mengalir tanpa arah.. mengukir takkala resah..mencari arah..mencari madah...
Andai badai mengusik rasa.. si bayu senja menyapa telinga
adakala kenangan mengusik jiwa..
Kasih sekukuh impian..sayang bersulam jari..
cinta melunyaikan jalan berduri..
Indah tak tergambar.. siksa tak terucap..
hanya lantunan perasaan.. menahan dugaan..
Rindu berkasih buat yang tiada
bila madah bersulam derita
takkala derita membadai jiwa
akan kukuhkah cinta kasih
kala racun menjalari diri...


p/s: coretan malam dinihari.. bila keseorangan melayani diri(x bleh tido)...dengar lagu syahdu plak.. hubby.. dah tidur keletihan....sian dier penat.. kerja siang sampai malam baru balik....boleh tulis lagu....camni!!!! hemmmm...

dulu dan sekarang...jeng..jeng..jeng

Bergambar di tempat yang sama .... 



time ni tengah study kat uitm shah alam... tu yang rajin berjalan ke KL...
Tahun 1999 zaman percintaan...confirm bercinta 13.7.1998..
bulan 3 1999... bertunang...
bulan 6 1999.. kawinnnnn...................... dah 12 tahun dahhhhh







Cik abang kerja dgan abang nyer ( kontraktor) time terluang nila kluar jenjalan...





First time bawa anak2 pergi jalan-jalan kat Tugu Negara...
hiii...hiiii... !!!!! memang warga contoh.. anak dah berderet dah... baru tunjuk tugu negara kat ner..
hiiiii..... ramainyer anak org tuuu... bleh posing ngan anak....
mama jadi tukang ambik gambar jerlaaaa...










mama...dulu..