28 April 2011

apa aku nak tulis

Dari hari ke hari macam hilang arah jer.. tengok bloger lain bukan main aktif lagi menulis.. aku.. tengok mood.. kalau nak menulis, tengok idea kalau ada yg nak di ketengahkan ..Takkan aku nak merapu, tulis asal ada jer.. janji aktif n update hari2.

bukan cara aku kot..

Tujuan aku berblog :

ikut suka aku apa nak tulis...


ikut mood kalau rajin boleh update..


ikut rasa yang kadangkala binasa..(terlolap Zz..Zz)


ikut akal laa.. fikirla sendiri... hiii!! hiiii!!!


gambar ni takde kena mgena pun...sajer letak..




26 April 2011

bOiKoT... bOiKoT..bOiKoT...


Kekejaman yang "dibenarkan"..... hipokrit....Ban McD, Loreal (ada tanah kilang atas Palestinian land), Nestle (susah, but try), Coke (ada kilang coke ditutup di Thailand tak silap sebab diboycot) and Starbucks.

Share your videos with friends, family, and the world


Boikot..boikot..boikot.. Adakala hati meronta-ronta untuk turut serta.. kadangkala tak terkawal nafsu bila kita masih me'inginkannya... 

Salah satu page artis yang aku sentiasa ikuti adalah Wardina Safiyyah.. setiap kata2 dan kritikannya adakala memanah jiwa...komennya lagi "Saya pun macam itu juga tak boleh kecil hati kalau orang kritik.Tapi kenalah tengok siapa yang mengkritik dan siapa yang di kritik.Sebab tak semua kritikan itu membina.Kita ada hak untuk mendengar kritikan dan kita juga ada hak nak terima atau menolak kritikan itu"( petikan dr mjlah Hai")


Ya.. dia seorang artis yang lantang bersuara dan kritikannya menjurus kepada perlakuan dan kemusnahan akhlak serta kepincangan yg berlaku di sekelilingnya dan mengenai penderitaan saudara islam terutamanya palastine.Sifat keprihatinan yg ada dalam dirinya di dorong oleh bapanya yang bergiat aktif dalam persatuan sukarelawan.Susah sebenarnya untuk menghambakan dan mendidik diri agar selalu mengingati serta menginsafi setiap apa yg berlaku.

Mengenai boikot yg di sarankan.. mungkin ada baiknya dan tidak..
cthnya mcd:

  • Kerana ada juga saudara seislam kita yang mencari rezeki disana, mata pencarian yang hanya mampu di sandang oleh mereka , sekiranya mereka berhenti apakah ada jaminan peluang di tempat lain kerana ada di antaranya mennjadikan tempat ini sebagai penambahan pendapatan  seperti pelajar2 kolej.
  • Loreal : memang banyak barangan kosmetik lain membanjiri pasaran.. adakalanya tidak dapat mencari yang serasi dan sesuai dengan diri sehingga terpaksa memilih untuk menggunakannya.
Pendek kata.. tepuk dada tanya selera.. sekiranya tak mampu untuk memboikot barangan, mungkin ada cara lain yang boleh kita laksanakan untuk membantu mereka.PANDANGAN SETIAP ORANG ITU BERBEZA...

22 April 2011

dilarang masuk.. baru masuk panggung dah kuar kat astro first...

Satu lagi filem melayu kuar panggung..tengok cam best jer..aku ngan famly memang kaki wayang... pantang ader citer best mesti muka kita orang bersapau kat mines.. port biasa tengok wayang... n jenjalan..
tapi bila ader plak komen niee..


ajim says:
Sy baru lepas tgk filem ini..
ini komen saya,
macammana filem yang sangat boring dan membosankan ini boleh lepas kepada tontonan.. tiada motif jelas..dokongan watak yg kurang penghayatan dan pelakon2 yang mentah .
memalukan filem ini meleret2 dengan pergaduhan mengenai duit dan bukan pasal sebuah filem seram yg dihebohkan..tiada unsur seram yg boleh menyebabkan penonton menjerit..
cadangan sy…amati ulasan sy dahulu sebelum anda membazirkan wang anda..
# bukan tak nak menyokong filem melayu.. buktinya : dah kuar kat astro first..
drpd membazirkan wang ke panggung.. baik tgok kat astro first jer.. bayar 15 ringgit.. boleh tgok sampai 2 hari '48 jam'.Kadangkala kena jugak berkira.. kalau citer best berbaloi jugak berhabis for ticket.. klau tak mau berbakul sumpah seranah... hiii...

15 April 2011

camner nak jaga kereta ni.. pompuan..pompuan..


Dah ada kereta sendiri.. mesti kena tahu n faham mengenai kereta.Selalunya aku belasah ajer.. sebab kereta laki aku yg jaga and ambil pusing.Aku.. hee!! tahu sikit2 jer itu pun laki aku yg ajar.. Dengarkan bebelan lakiku :
  • Pepagi.. camner nak cepat pun kena panaskan enjin paling kurang 5 minit. 
  • Check minyak hitam dulu sblum panaskan kereta.. check air..
  • check tayar.. cukup angin ker tak..jangan tau start enjin terus jalan jer...
Laki aku baru bg kereta sebiji.. swift.. aku minta kancil jer tak pun myvi.. rezeki aku bergolek2 dapat cik swift.. sukanyaaa.. thanks hubby.. n he said ' keta ni kira hadiah hari jadi n hadiah ulangtahun perkahwinan tau'.Tapi itu bulan JUN.. awal betul aku dapat hadiah..pandai betul laki aku save budget.. siap combain lagi.. aper2 je laa.. dah ada keta sendiri.. syok nya.
Bukan apa.. kereta ni untuk hantar n ambil anak sekolah.. kalau hujan.. nak antar anak2 gi tuisyen.. beli barang dapur.. selalu juga berebut kereta ngan cik hubby ni.Lepas ni dah ada kereta sendiri tak yah berebut lagi.
Aku dengan rajinnya mengoogle mgenai penjagaan kereta ni.ada banyak juga maklumat yg aku dapat.Antaranya :

-Walaupun jarang menggunakan gear 3,2, dan L...sekali sekala amalkan tips penjagaan gear automatik ..angkat handbrake dan shift gear ke 3,2 dan L selama dua minit setiap gear untuk mengelakkan gear tidak terlalu lama di biarkan tanpa di gunakan....
-switch gear to N-Neutral apabila berhenti lama di traffic lights untuk mengelakkan clutch haus
-Guna minyak '97 jer jgn guna minyak '95.. nanti enjin lembap...
-Pam tayar kat kedai tayar.. bukan guna pam angin.. kat stesyen minyak.. Tayar tu pakai gas..

kereta mama..bestnyaaa...

kecik molek jer...

Sebelah yg seksi tu.. cikaro jambu mama.. peneman mama gi memana jer


Kunci keta ni.. simpan elok2.. klau hilang atau rosak high cost utk ganti
sbab nak setting balik..

p/s; TAK DE NIAT NAK MENUNJUK2 ATAU RIAK KEY!!!!
seronok sangat dapat kereta, tu yg kemaruk sikit.. macam beruk dapat cincin..
Tapi aku tak la lompat-lompat cam beruk...hiii!!!


14 April 2011

Kejamkah aku.. ' hari ni makan bilis goreng jer'

AGAK membusykan bile dua lagi anakku kena chicken pox.. berjangkit dgn  bang Lang(3), Dia sorang jer gi sekolah.Lama tak menulis.. nak update fb pun tak..nak tulis blog lepas anak2 tido.. n for sure lpas tu ngan aku lentok skali.. my lappy on sampai pagi.

Pengajaran : jangan tulis or cari idea atas katil bersama bantal empuk.. harus aku lentokkk...

Hari ni rajin balik.. pagi2 dah buat blogwalking.. mengintai blog2 baru n follow.. inila yg sempat di intai tadi..

Mana2 yg tak tinggal komen i like ajer..

Untuk anak2ku yg kena chicken pox.. ari ni mama gorengkan ikan bilis jer.. sebab mama sibuk 

wat blogwalking!!!.. hii!!..hii!

Kejamkah aku...???

  • ikan bilis goreng..
     Sebenarnya tak tau nak bagi makan apa.. kang bagi makan ayam jenuh pulak bebudak ni tergaruk-garuk.. kira menu paling selamat la niii..

9 April 2011

Sebanyak mana kekayaan anda...


Satu hari seorang daddy yang kaya ingin membawa anaknya berjalan.Dia ingin menunjukkan 
kepada anak lelakinya.. bagaimana seseorang itu tersangat miskin..
Mereka menghabiskan masa di sebuah ladang yang didiami oleh keluarga yang
memang serba kekurangan.
Dalam perjalanan balik.. si daddy pun bertanya pada anaknya.
Tengok !  betapa miskinnya mereka.. Apa yang telah kamu pelajari mengenai hal ini?
Si anak berkata : Kita ada swimming pool.. tapi mereka ada sungai..
kita ada lampu kristal.. tapi mereka ada bintang..
Kita beli makanan ..tapi mereka ada tanaman..
Kita ada dinding dan bangunan batu untuk melindungi kita.. tapi
mereka ada kawan-kawan..
Kita ada ensiklopedia ( buku pelbagai maklumat)
Tapi mereka ada AL-QURAN..
si anak menambah lagi..
Terima kasih daddy kerana menunjukkan betapa miskinnya kita..

Pengajaran :

Bukan duit yang membuatkan kita nampak gah dan kaya.. ini berkenaan
kesederhanaan dan memegang ajaran Allah..dalam hidup.
Kerana tidak semua orang mampu melakukannya..

Sekiranya setiap orang membaca Astagfirullah sebanyak 3x setelah
membaca nota ini.. dan men'forwardkan
nota ini.. beribu-ribu orang akan melafazkan zikir ini..
dan anda tidak akan rugi apa..apa..

Fakta yg belum di ketahui..

Bila ada member hantar BBM...mengenai fakta ini..
Baca dari awal....


Fakta 1 :

Anda pasti tidak dapat menyentuh
gusi bahagian depan dengan lidahmu..



Fakta 2 :

Setelah membaca fakta 1.. anda dengan bodohnya
melakukannya..
he  hee  heee!!!
mengaku saja heee!!!


Fakta 3 :

Setelah membaca fakta ke 2, anda tersenyum
dan dalam hatimu berkata
"sial.. aku sudah dikenakan"
Hiiiii!!!!!!


DAN


Fakta 4 :

Setelah anda membaca fakta 3.. anda berniat tuk menghantar or men'forward
kepada kengkawan anda yang lain untuk kenakan mereka,
seperti kamu di kenakan saya..

Haaaaa!!!! Haaa!!! Haaaaa!!!!

Ayuh cari korbannnnnnn......


Canon.. All for one

Macam tajuk lagu jer.. hii!! bukanla.. aku baru jer sambar Printer Canon All for One PIXMA MP258.


Harga boleh tahan.. takla mahal sangat Rm 199.00 jer..


print..copy..scan
senang kerja.. !!!!

8 April 2011

Eja nama menggunakan bahasa Jepun..

A- Ka    B-Tu    C- Mi    D- Te    E- Ku    F-Lu    G- Ji    H- Ri    I- Ki    J- Zu    K- Me    L-Ta    M- Rin    N- To    O- Mo    P- No    Q- Ke    R- Shi    S- Ari    T- Chi    U- Do    V- Ru    W-Mei    X- Na    Y- Fu    Z- Zi


Jomla eja nama guna eajaan Jepun ... cth : SITI = Ari Ki Chi Ki
Haa...!!! menyembur air liur menyebut nya...
Cubala eja nama anda menggunakan ejaan Jepun ini... sebarang kesilapan harap di maafkan .... (Asking my friends.. any mistake don't blame me .. it's for fun only)

Lagu nie berbaur kelucahan....


Sekadar berkongsi...
Lagu ni dalam bahasa jawa.Kalau siapa yang tahu tuu.. kalau translate lagu ni memang berbaur lucah sikit.Masa mula-mula dengar lagu ni aku layan jer.. sedap di dengar.. yang aku ni pun syokla dengan lagu ni tapi bila laki aku translate terus aku tergamam sekejap.. LAAA... naperla tak bagitau awal2..Lepas tu aku just dengar kat dalam keta jer.. yang bagus nyer anak2ku pun suka dengar lagu ni.. walaupun tak tau maknanya apa..tapi aku tak bagi dia orang nyanyi depan orang..
Pak mertua aku pun suka ngan Lagu2 Didi Kempot ni.Kalau dia naik kereta ngan kitaorang.. laki aku pasang cd Didi Kempot.Kiranya dia ni penyanyi lagu rakyatla.. banyak berkisar tentang kehidupan..

Yang aku faham  sikit2: Orang tua kawin anak dara.Malam2 anak dara ni nangis jer.Sebab takut dengan 'anunya'(laki dia punya).. ala yg lain cr sendirila maksudnya... bahaya nak translate sumer niii...

Didi Kempot -Cucak rowo...

kaki yg perlu di jahit..hanya di gam oleh Doktor..

Anakku..anakku .. si pembonceng yang tersepit n terselit di jejari beskal.. berjuraian darah membasahi ibu jari kaki.. cik hubby ku yg seperti biasa cepat panik terus menjerit terpekik pekik memanggil namaku di bilik.Ingatkan luka biasa jer.. dengan lemah gemalai aku pun kuar.. bersama tangisan Arissa yang kuat.. terbeliak mataku melihat juraian darah itu.. terus aku mendapatkannya..
gi klinik cepat ma.. 'hubby'
aku cpai tudung n handbag terus masuk keta.Laki aku ni memang mengelabah sikit.. bawa keta cam org gila.Mesti berbakul sumpah seranah dier dpt aritu.. hiii!!!
Spai klinik doktor sruh refer hospital coz' dia baby n nak kene bius spaya snang nak jhit.. kira peralatan klinik just for basic injured.utk mgelakkan jangkitan kena pergi hosp. dgn segera.
Gi Hosp.Serdang.. dr kul 7.45 kul 12.. BARU HABIS.. yang aku berangin dah la nak masuk wat check up kat 3 jam menunggu.. pastu doc. suruh g x-ray kaki dulu pastu panggil blik.. dah sudah x-ray.tunggu lagi panggilan doc. yang jugak memakan masa yg lama..setelah ku tertidur ngan selambanya kat kerusi.. baru dpt panggilan.Doktor kata tak yah jahit, gam jer..
Punyerla berkematu aku menunggu rupanya nak kena gam jer.. klau aku tau aku bwak kat Hosp.swasta jer.Dalam pada menunggu tu dengar jugakla pelbagai rungutan dr org ramai yg ingin mendapatkan rawatan.Memang lambat giler!!!!

Balutan utk menghentikan pendarahan

Kat Hosp.Serdang.. still waiting.. n boring

Sempat lagi berjalan dlm kesakitan...

1 April 2011

Bila Dato' Ramli MS garu telinga... Hiii!!!!

Jangan mare dato'!!!
Bila tengok Mentor baru ni.. ada pulak Dato' Ramli ni jadi pengkritik.. hati ni meronta-ronta nak tengok..!!!
Aku memang suka dengan Cikgu Ramli ni start dier jadi pengetua Af2.. lepas tu terus aku survey citer2 mengenai cikgu Hot ni.. Duda rupanya.. anak dah besar2.. n blaa..blaa.
Something yg aku suka.. dier punya dressing memang tak penah selebet.. maintain jer..memang i likeee!!! bila time kritik jer semua tumpuan ke arah nya.. haaa!! haaaa!!! si dia garu telinga.. Untuk makluman aku rasa Dato' Ramli MS ..ada darah gemuruh kot.. tak pun pemalu tahap gaban.... haaa!!! macam mengelabah pun ada .. malu kot bila jadi tumpuan..
Minta maap Dato'.. suka tengok Dato' macho ni mengkritik orang..

Maharaja Lawak... kasi rentap

Siapa pilihan anda... masih laris ker juara lama.. tunggu dan lihat .. mesti saingan sengit punya... tapi biasala awal2 ni mesti sejuk .
Pilihan ku...Nabil ( masih relevan kot).. Sepah.... no entry.. man .. R2....
rm 300 ribu beb..boleh buat kawin tauu.. kumpul harta.. kalau lawak tak mantap tak taula ....

Selalu kenakan org jer.. 
JUARA baru.. still hot lagi...
Juara musim ke2.. hangat dgn
kontroversi..
Aku suka ... muka brutal tp kasi pecah perut...
JOM GELAK GILER... kasi layannnnn...

Apabila April di perbodohkan...





Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.
April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan..

p/s: Janganla kita memperbodohkan orang lain di april fool ini, kerana kita sendiri bodoh bila kita turut serta meraikannya... siapa bodoh dan perlu di perbodohkan...