26 April 2011

bOiKoT... bOiKoT..bOiKoT...


Kekejaman yang "dibenarkan"..... hipokrit....Ban McD, Loreal (ada tanah kilang atas Palestinian land), Nestle (susah, but try), Coke (ada kilang coke ditutup di Thailand tak silap sebab diboycot) and Starbucks.

Share your videos with friends, family, and the world


Boikot..boikot..boikot.. Adakala hati meronta-ronta untuk turut serta.. kadangkala tak terkawal nafsu bila kita masih me'inginkannya... 

Salah satu page artis yang aku sentiasa ikuti adalah Wardina Safiyyah.. setiap kata2 dan kritikannya adakala memanah jiwa...komennya lagi "Saya pun macam itu juga tak boleh kecil hati kalau orang kritik.Tapi kenalah tengok siapa yang mengkritik dan siapa yang di kritik.Sebab tak semua kritikan itu membina.Kita ada hak untuk mendengar kritikan dan kita juga ada hak nak terima atau menolak kritikan itu"( petikan dr mjlah Hai")


Ya.. dia seorang artis yang lantang bersuara dan kritikannya menjurus kepada perlakuan dan kemusnahan akhlak serta kepincangan yg berlaku di sekelilingnya dan mengenai penderitaan saudara islam terutamanya palastine.Sifat keprihatinan yg ada dalam dirinya di dorong oleh bapanya yang bergiat aktif dalam persatuan sukarelawan.Susah sebenarnya untuk menghambakan dan mendidik diri agar selalu mengingati serta menginsafi setiap apa yg berlaku.

Mengenai boikot yg di sarankan.. mungkin ada baiknya dan tidak..
cthnya mcd:

  • Kerana ada juga saudara seislam kita yang mencari rezeki disana, mata pencarian yang hanya mampu di sandang oleh mereka , sekiranya mereka berhenti apakah ada jaminan peluang di tempat lain kerana ada di antaranya mennjadikan tempat ini sebagai penambahan pendapatan  seperti pelajar2 kolej.
  • Loreal : memang banyak barangan kosmetik lain membanjiri pasaran.. adakalanya tidak dapat mencari yang serasi dan sesuai dengan diri sehingga terpaksa memilih untuk menggunakannya.
Pendek kata.. tepuk dada tanya selera.. sekiranya tak mampu untuk memboikot barangan, mungkin ada cara lain yang boleh kita laksanakan untuk membantu mereka.PANDANGAN SETIAP ORANG ITU BERBEZA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan