23 Februari 2011

Sekadar Renungan.....

AMALAN MENUJU KE SYURGA

  • Menebarkan salam
  • Menjauhkan diri dari sifat adu domba dan dengki
  • Menjaga amanat
  • Malu
  • Adil dan tidak merampas hak orang lain
  • Menjaga dan memelihara kebersihan
  • bekerja keras
  • Tidak meminta-minta
  • Menepati janji dan sumpah
  • Memilih teman yang baik
  • Sentiasa merendah diri
  • Menutup aurat dan tidak berdandan secara berlebihan
  • Manfaatkan waktu
  • Berbakti kepada orang tua
  • Memelihara anak yatim
  • Mengharap keberkatan Allah
  • Bertaubat dan memohon keampunan Allah
  • Sabar
  • Melakukan semua suruhan Allah...



PERKARA YANG DI LARANG KETIKA SOLAT


  • Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri.
  • Berdiri di atas satu kaki.
  • Duduk di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan telapak tangan di lantai atau duduk di atas lutut dan jari kaki tegak berdiri tanpa kaki menyentuh lantai.
  • memasukkan kedua-dua tangan ke dalam baju ketika berdiri, rukuk dan sujud, keadaan ini menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka.
  • Mengangkat pakaian(sarung dan celana) ketika sujud sama ada dari arah depan atau belakang.Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika solat.Nabi Muhammad s.a.w bersabda,maksudnya: "aku diperintahkan bersujud di atas tujuh anggota badan dan tidak menyingkap pakaian atau rambut".
  • Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada.
  • Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan Takbiratul ihram serta antara rukuk dan bacaan surah.Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi Imam.Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk.Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihramnya sendiri dengan takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam.Ia perlu berdiam diri sejenak sebelum takbiratul ihram mengikut imam dan sebelum mengucapkan salam imam.
  • Solat dalam keadaan mahu membuang air kecil atau besar kerana ia boleh mengganggu khusyuk dalam solat.
  • Jangan bersolat ketika perut sangat lapar apatah lagi ketika itu makanan disediakan.Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya"apabila diserukan solat Isya sedang makan malam siap,dahulukan makan sebelum mengerjakan solat kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau hatinya mantap, tidak terpengaruh.
  • Beberapa ulama salaf berkata, empat perkara tidak patut dilakukan dalam solat iaitu berpaling, mengusap muka, mempermainkan batu kerikil(di tempat solat) dan solat di tempat lalu lintas.
  • Beberapa larangan solat yang lain ialah menyilangkan jari kedua-dua tangan, mempermainkan sendi jari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan bunyi, menutup wajah dengan kain dan memasukkan kedua-dua tangan di antara kedua-dua peha ketika rukuk.


P/S Banyak lagi nota yang boleh di kongsi bersama.. tapi inilah seadanya yang dapat di publishkan di sini......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan