7 Ogos 2011

Serangan awal strok.. Emak.. tabahlah..


Khamis, 4 Ramadhan emak di masukkan ke wad, Bila doktor mengesahkan mak kena serangan awal srok.Semalam mak masih ceria,terdengar gelak tawa dan masih mampu untuk menguruskan diri sendiri.Tanpa di jangka awal pagi sewaktu ayah  dan adik ingin menghantar menjalani terapi.. mak tak mampu untuk bergerak turun dari katil.

Adik(Atih) menyiapkan emak untuk di bawa ke Hospital Putrajaya.Sesampai di sana emak di tahan dan di masukkan ke wad.Darah mak naik tinggi.Bukan pertama kali ke Hospital.. walaupun darah emak tinggi tapi doktor masih membenarkan mak balik dan mengatakan tiada apa-apa.Sekiranya emak terlebih dahulu di berikan rawatan di Hospital tentu perkara ini boleh di elakkan.. Alasan pihak Hospital darah mak dah turun  dan kena ambil ubat sahaja.Heran aku sebetulnya kalau darah tinggi secepatnya mak akan di tahan wad.Tapi mereka menyuruh kami balik seperti yang berlaku  bila kami mengunjungi Hospital Serdang untuk rawatan pada minggu sebelumnya.

Munkin dah takdir mak berlakunya perkara ini... Tuhan menguji keluarga kami sewaktu awal Ramadhan ini,, dan hanya mampu berpuasa selama 2hari sahaja.Ya Allah...

Emak tidak lagi mengenali anak2nya.. Ingatan emak terbatas.. ada yang terlupa dan susah bagi dia untuk mengingati dan menyebut nama kami semua.. Mak .. kenapa JADI MACAM NI..

Kini kami dan adik2 berusaha untuk sama-sama menjaga mak.. kami mahu mak melihat kami semua sentiasa ada di sisi..

Adik- adikku.. dimasa inilah kita harus sama-sama berdoa, bersatu dan saling berusaha membantu mak kembali sembuh.Harapannya moga di bulan berkat ini.. doa kami akan di makabulkan Allah...

Bantu kami Ya Allah...











Tiada ulasan:

Catat Ulasan