27 Mac 2011

Garu-garu...Bila anakku kena chicken pox!!!



Sian anak mama kene chicken pox...

Cepatla sembuh..anak mama ni...
Bila bangun pagi.. anakku dah tergaru sana sini.. apalagi check kat badan..alamak..bintik2 merah dah timbul..Aduyai cam ner ni.. anakku yang lain blum dapat lagi.Si abang Lang ni no.3.Takde pengalaman nak jaga anak kena chicken pox.Apalagi lepas pg klinik, bawa anak2 gi umah mak..minta tolong makla jawab nya.Sebelum tu, laki ku dah pesan belikan kelapa muda, suruh minum biar semua bintik2 kuar bg cepat baik..Kat klinik tadi doktor bagi pesan:
  • Jangan bagi makan benda yang gatal2.
  • Banyakkan minum air.
  • Jangan dekatkan dgn kanak2 lain takut berlaku jangkitan.( mc 7 hari)
  • mandi tuk jaga kebersiahan dan kurangkan gatal2.
Aku pun tak duk diam terus searching internet nak cari info pasal chic'pox ni.Banyak juga info yang aku dapat cthnya:
  • Jangan kena air hujan, nanti bertambah teruk.
  • Jangan garu-garu nanti dapat parut.
  • Guna bedak sejuk..
  • buat ubat guna daun semambu.. lenyekkan campur ngan bedak sejuk pkai di badan @ buat kibas2 kat badan nak hilangkan rasa gatal @ pun buat air mandi(ramas2)
  • Jangan mkan benda berminyak.. kena mkan mkanan yang di rebus.
  • Shampoo mandian herba yang boleh mengurangkan rasa gatal2
  •  Cuci darah tablets tuk kuarkan virus.
Banyak info yg boleh di guna pakai .. tak rugi duk berjam2 mlayari internet ni.. ilmu tanpa batasan.kat sini juga aku bg info serba sedikit tentang penyakit ni yg aku dapat... selamat membaca...

Chicken Pox
Pengenalan
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox. 


Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).
Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.


Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.


Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.


Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema). 
Komplikasi akibat chicken pox: 
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri. 
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak 
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan
  1. Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
  1. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
Untuk lebih informasi.. klik link di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan