4 Mac 2011

lelaki.. berbondong-bondong ke masjid...

Tak terlewat tuk Assalam Jumaat....(solat Jumaat)




maser pergi antar anak ke skolah agama lalu di masjid... ku lihat ramai khalifah Allah bergelar lelaki sembahyang dan sujud pada Tuhan yang satu..Alhamdulillah..terasa syahdu seketika.....

Dalam keadaan gejala sosial yg menular dan mkin kritikal di Malaysia ini..masih ramai yg mengenali Tuhan.. masih penuh masjid dan hamparan tikar sejadah berpenghuni,  hingga memaksa mereka berhimpit2 utk melaksanakan tanggungjawab yg termaktub utk mereka yg bergelar lelaki..

Cuma dapatkah kita lihat lebih ramai lelaki berbondong bondong ke masjid di waktu solat yg fardu.. terutamanya subuh.. mesti ramai yg mengelatkan... haa..haa... klau nak hrpkan kaum wanita .. mmg agak sukar kerna tanggungjawab di rumah harus di utamakan..

Doaku ..semoga lebih ramai umat islam di bumi Malaysia ini sama2 memeriahkan masjid..menyintai masjid dan melindungi masjid.. kerana sebesar2 ganjaran pahala pada mereka berjemaah.. sebesar2 pahala pada mereka yg menapak ke masjid dan memelihara kesucian masjid bak memeliahara kesucian agama kita..Allahu Akbar!!!!

p/s: peringatan untukku juga agar mampu mendidik anak2ku agar mencintai masjid.. rumah ibadah..rumah Allah...Amin

1 ulasan: